MELAKA: Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Ibrahim Durum menafikan spekulasi bahawa penangguhan Sidang DUN yang dijadualkan bermula semalam disebabkan mahu mencukupkan tempoh tiga tahun penggal. Ibrahim berkata, penangguhan itu bagi membolehkan kerajaan negeri memberikan tumpuan sepenuhnya kepada gelombang kedua Monsun Timur Laut (MTL). “Tidak (cukupkan penggal tiga tahun). Kita mahu bersedia untuk monsun yang kedua ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. Sebelum ini, akhbar ini melaporkan, Sidang…










