KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa sering membuat keputusan sendiri terutama melibatkan perkara penting parti itu sehingga menyebabkan beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas kurang senang dengan tindakan tersebut. Seorang pemimpin kanan perikatan tersebut berkata, masalah itu kini menjadi bualan dalam kalangan mereka bagaimanapun ia tidak dinyatakan secara jelas kepada Muhyiddin. Menurut beliau yang enggan namanya didedahkan, mereka sehingga hari ini hanya…