Kes Kehilangan Zalina Azman: Tiada keterangan baharu

Kes Kehilangan Zalina Azman: Tiada keterangan baharu

PENCARIAN kehilangan Zalina Azman masih diteruskan walaupun tiada keterangan baharu diambil oleh PRDM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada keterangan baharu yang diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) semenjak kehilangan bekas pembaca berita, Zalina Azman tiga tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tiada keterangan baharu diambil setakat ini dan pencarian personaliti tersebut tidak pernah dihentikan sehingga kini.

“Pencarian bekas pembaca berita tersebut masih berjalan dan siasatan tidak pernah ditutup, malah PDRM meluaskan lagi skop pencariannya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Hussein enggan mengulas lanjut kes berkenaan ketika ditanya berkaitan operasi pencarian Zalina.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan keberadaan Zalina Azman masih menjadi tanda tanya selepas bekas personaliti itu dilaporkan hilang pada November 2021.

Disember tahun lalu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim, sebelum ini berkata, Zalina berkemungkinan hilang lebih awal daripada tarikh laporan dibuat.

Kali terakhir telefon bimbitnya aktif adalah pada 20 November 2021, empat hari sebelum anak lelakinya, Mikhael Norman cuba menghubungi wanita tersebut.

Kehilangan Zalina mencuri perhatian masyarakat dengan usaha menjejakinya dilakukan besar-besaran membabitkan kerjasama Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Kesihatan dan Bank Negara.

Usaha pencarian menemui jalan buntu meskipun pihak berkuasa berjaya mengumpul 25 kenyataan bagi membantu siasatan.

Usaha polis menggeledah banglo Zalina pada November 2021 dan awal Julai 2022 tidak memberikan sebarang petunjuk mengenai keberadaan pembaca berita itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN