Tidak semakan Batuan Puteh berpandukan keterangan Dr Mahathir

Keputusan tidak teruskan semakan Batuan Puteh hanya berpandukan keterangan Dr Mahathir

MAHATHIR Mohamad selepas memberi keterangan kepada RCI berkaitan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di BHEUU Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Batuan Puteh mendapati bahawa Jemaah Menteri yang telah bersetuju dengan keputusan untuk tidak meneruskan usaha berkaitan kedua-dua permohonan tersebut adalah semata-mata berpandukan kepada penerangan diberikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut laporan dikeluarkan hari ini, perkara itu mengambil kira kenyataan saksi termasuk bekas Menteri, M. Kula Segaran selaku salah seorang Kabinet yang hadir dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Mei 2018.

Katanya, keputusan untuk tidak meneruskan kedua-dua permohonan adalah berpandukan penerangan dan penjelasan oleh Dr. Mahathir yang mengambil masa kurang dari sepuluh 10 minit.

“Jemaah Menteri tidak dibekalkan pandangan undang-undang yang disediakan oleh perunding antarabangsa, pleadings serta executive summary kepada pleadings tersebut dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan kedua-dua permohonan tersebut

“Tiga fakta (dokumen baharu) yang dikatakan oleh Dr. Mahathir adalah sangat lemah tidak dibekalkan kepada Jemaah Menteri,” kata laporan tersebut.

Justeru itu, kesimpulannya suruhanjaya mendapati bahawa Jemaah Menteri yang telah bersetuju dengan keputusan untuk tidak meneruskan usaha berkaitan kedua-dua permohonan tersebut adalah semata-mata dengan berpandukan kepada penerangan yang diberikan oleh Dr. Mahathir. 

“Keputusan tersebut tidaklah dibuat melalui perbincangan yang menyeluruh,” kata laporan berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya