Johor kaji wajibkan pelajar 16 tahun sertai persatuan belia

Johor kaji wajibkan pelajar 16 tahun sertai persatuan belia

MOHD. Hairi Mad Shah ketika menjawab soalan Ee Chin Li (PH-Tangkak) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di Kota Iskandar, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri sedang mengkaji untuk mewajibkan semua pelajar berusia 16 tahun untuk menceburi persatuan atau pertubuhan seperti Majlis Belia Daerah dan pertubuhan sukarelawan berdasarkan pilihan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, usaha itu bertujuan mendedahkan golongan muda negeri ini dengan gerakan persatuan atau pertubuhan belia sebelum memasuki alam remaja dan selepas keluar daripada alam persekolahan. 

“Ia turut bertujuan mengelakkan mereka daripada kekok menceburi persatuan atau pertubuhan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY),” katanya menjawab soalan Ee Chin Li (PH-Tangkak) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Jumlah penduduk Johor ketika ini adalah 4.1 juta berdasarkan rekod Jabatan Perangkaan dan daripada jumlah itu, hampir dua juta atau separuh daripada penduduk adalah golongan belia.

Sementara itu pertubuhan belia berdaftar di negeri ini sebanyak 1,123 persatuan di semua daerah, dengan Johor Bahru mempunyai persatuan belia terbanyak, diikuti Batu Pahat dan Muar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN