Jika titah adendum wujud, jangan putihkan apa yang hitam - MCA

Jika titah adendum wujud, jangan putihkan apa yang hitam – MCA

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: MCA mempersoalkan kewujudan titah adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya secara tahanan di rumah.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, jawapan diperlukan pihaknya hanyalah wujud atau tidak titah adendum itu selepas afidavit pertama berhubung kewujudan titah tersebut dibuat oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sendiri.

“Apa yang susahnya? Apa yang rumit sangat hanya jawab ya atau tidak saja. Bermula dengan afidavit Pengerusi BN selaku Timbalan Perdana Menteri, kemudiannya Menteri Besar Pahang dan terkini afidavit daripada Datuk Nizar Najib.

“Bukankah ini sudah terang lagi bersuluh? Jika benar titah itu wujud, jangan putihkan apa yang hitam dan hitamkan apa yang putih,” katanya dalam ucapannya sempena Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional di sini semalam

Ka Siong menzahirkan penghargaan kepada Ahmad Zahid kerana menjadi orang pertama yang membawakan isu Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan kepada pimpinan BN supaya terus memperjuangkan hak keadilan untuk Najib berhubung perkara tersebut.

“Beliau pemimpin kita, kita cakap hendak membela rakyat tapi bekas pemimpin kita pun tak dapat bela ‘poodah’ apa kamu cakap.

“Saya apabila baca isu ini saya tertanya-tanya, apa ini, ada ke tak ada (titah adendum), hakikatnya cuma satu sahaja, ada atau tidak, mudah saja,” katanya.

Ka Siong turut mengingatkan jika benar titah adendum itu wujud, beliau mahu semua pemimpin BN untuk kembali kepada tiga daripada lima Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan negara; keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

“Penyelesaiannya berdasarkan tiga prinsip ini, sudah ada jawapan, sudah terang lagi bersuluh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya