PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan luruan monsun yang berlaku sepanjang musim tengkujuh berterusan sehingga 23 Disember ini. Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, luruan yang bermula pada 16 Disember dijangka bakal menjejaskan banyak negeri. “Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di negeri-negeri di Pandai Timur. “Manakala di Sarawak dan Sabah pula, hujan berterusan dijangka berlaku antara 19 hingga 22 Disember…