80,000 penduduk Gua Musang waspada gelombang banjir

80,000 penduduk Gua Musang waspada gelombang banjir

NIK Raisnan Daud (dua dari kanan) meninjau kerja membaik pulih tanah runtuh di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Jeli di Gua Musang, Kelantan. – UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Walaupun Gua Musang tidak terjejas teruk dengan banjir besar seperti daerah lain, 80,000 penduduknya tetap berwaspada dan membuat persiapan menghadapi gelombang baharu bencana itu.

Pengerusi Pusat Kawalan Ope­rasi Bencana (PKOB) Daerah, Nik Raisnan Daud berkata, penduduk tidak bo­leh selesa walaupun daerah ini masih tidak terjejas dengan banjir besar seperti jajahan-jajahan lain di negeri itu sebaliknya perlu terus berjaga-jaga.

“Kebelakangan ini berlaku hujan lebat di kawasan Hulu Kelantan, sempadan antara Kelantan dan Pahang.

“Pada Rabu lalu berlaku kenaikan paras Sungai Galas apabila hujan lebat berlaku di bahagian hulu Gua Musang. Situasi ini membimbangkan se­kiranya hujan berterusan di kawasan pedalaman menyebabkan banjir berlaku di daerah ini,” katanya selepas meninjau kerja membaik pulih tanah runtuh di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Jeli di sini, semalam.

Semua agensi kese­lamatan bersiap sedia membantu penduduk kampung berpindah ke tempat selamat termasuk ke pusat pemindahan sementara (PPS) disediakan.

Dalam perkembangan lain, Nik Raisnan berkata, jalan lencongan di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Jeli giat dilaksanakan bagi membantu 3, 000 penduduk yang terputus hubungan sejak Ahad lalu, dijangka siap seminggu lagi hasil kerjasama daripada pihak swasta dan penduduk setempat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN