Mujahid dakwa PRN Johor paling pelik - Utusan Malaysia

Mujahid dakwa PRN Johor paling pelik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 didakwa sebagai pilihan raya paling ‘janggal’ di dalam sejarah Malaysia.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mendakwa, PRN Johor ke-16 menyebabkan sesetengah masyarakat dan kumpulan menjadi keliru kerana Barisan Nasional (BN) berlawan dengan Pakatan Harapan (PH) walaupun membentuk kerjasama di peringkat Persekutuan.

Dakwa beliau, ia juga menyaksikan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malysia memakai logo Perikatan Nasional (PN) sedangkan sudah memutuskan kerjasama termasuk kemunculan Parti Bersama Malaysia (Bersama) diketuai bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli.

“Saya rasa tidak ada satu pilihan raya yang paling pelik dan paling mengelirukan dalam sejarah politik kita melainkan PRN Johor ini. Sesetengah orang berpandangan ia agak mengelirukan.

“Tetapi kekeliruan ini, saya yakin akan dapat diselesaikan dan diatasi oleh PH dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Jelajah Johor ke Depan, Undi Harapan di Lot Kereta Medan Selera Senggarang, di sini.

Turut hadir, Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amiruddin Shaari dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.

Beliau berkata, PH mempunyai kekuatanya tersendiri iaitu sentiasa memegang kepada prinsip yang mengutamakan pelbagai kaum, bangsa, keturunan dan agama.

“Kita memperjuangkan bahawa hak orang Cina, Melayu, Islam, bukan Islam dan India, semuanya diperjuangkan di atas prinsip undang-undang serta hak yang termaktud di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Mainan yang dikelirukan lagi dengan realiti politik di hadapan kita adalah apa? Mereka menggunakan isu kaum dan agama, kita lihat bagaimana mereka menyerang dengan mengatakan ‘DAP jahat’.

“Kata apa pun DAP tetap wujud sebagai sebuah entiti politik yang sah berdaftar, mempunyai kerajaan negeri di Pulau Pinang dan jumlah ahli Parlimen yang signifikan. Apa sahaja kita kata, sebenarnya dari sudut undang-undang tiada isu pun,” katanya.

Tambahnya, sentimen itu sengaja dimainkan oleh pihak lawan untuk mencetuskan kebencian di antara kaum terutama antara orang Melayu dan Cina.

“Ini supaya kita membenci antara satu sama lain, mereka jadikan DAP sebagai punching bag. Bahkan apabila dakwaan mereka dibawa ke mahkamah, akhirnya yang menang adalah dituduh, bukan penuduh,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN