Polis siasat wanita buat laporan palsu dakwa disamun - Utusan Malaysia

Polis siasat wanita buat laporan palsu dakwa disamun

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis menyiasat seorang wanita yang dipercayai membuat laporan palsu berhubung dakwaan dirinya disamun oleh dua lelaki bermotosikal di kawasan parkir sebuah premis perniagaan di Taman Ros, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, hasil siasatan mendapati kejadian samun yang dilaporkan wanita berusia 48 tahun itu tidak pernah berlaku.

“Wanita tersebut membuat laporan polis mendakwa disamun oleh dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal ketika berada di lokasi berkenaan.

“Dalam laporan itu, mangsa mendakwa beg tangannya yang mengandungi wang tunai dan barangan peribadi telah dirampas.

“Bagaimanapun, hasil siasatan terperinci yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak mendapati kejadian samun seperti yang dilaporkan tidak pernah berlaku,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, individu berkenaan kemudiannya mengaku membuat laporan polis palsu kerana berdepan masalah peribadi.

Katanya, siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan di mana pesalah boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Polis memandang serius perbuatan membuat laporan polis palsu kerana tindakan sedemikian bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah menyebabkan pembaziran masa, tenaga dan aset pasukan yang sepatutnya digunakan untuk menyiasat kes jenayah sebenar.

“Justeru itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa memberikan maklumat yang benar, tepat dan jujur semasa membuat laporan polis.

“Sebarang laporan palsu atau penyembunyian fakta boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil terhadap pelaku,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN