MELAKA: Kerajaan negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersetuju untuk membangunkan bangunan lama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di Banda Hilir di sini sebagai Muzium Polis Melaka. Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, bangunan berusia lebih 100 tahun itu akan dibaik pulih dan diberikan tambah nilai sesuai sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO). Menurutnya, ia wajar dijadikan muzium kerana…










