KUALA LUMPUR: Wilayah Persekutuan mencatatkan keputusan 94.66 peratus lulus keseluruhan bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) tahun ini. Timbalan Pengarah Pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi), Rashinah Abdul Hamid berkata, seramai 8,555 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan UPSRA bagi tahun 2024. Menurutnya, dari jumlah itu, seramai 911 calon memperoleh sembilan mumtaz (semerlang), 527 calon memperoleh lapan mumtaz dan 426 calon memperoleh tujuh mumtaz. “Mata pelajaran al-Quran dan Hafazan…










