24 lori bantuan dihantar bantu mangsa banjir

24 lori bantuan dihantar bantu mangsa banjir

KHAIRUL SHAHRIL IDRUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejumlah 24 lori membawa barangan bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) merangkumi 6,222 unit khemah dan 5,500 selimut dihantar kepada mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang, hari ini.

Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, barangan itu dihantar melalui kerjasama dengan beberapa agensi seperti SMART, Depot Simpanan Pertahanan (DSP), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Katanya, ia bagi memastikan penghantaran barangan bantuan ke tiga daerah itu berjalan dengan lancar dan teratur.

“Berikutan kejadian banjir yang semakin teruk, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan, Terengganu dan Pahang, telah memohon pembekalan segera barangan bantuan NADMA untuk kegunaan mangsa-mangsa banjir.

“NADMA melalui penyelarasan Seksyen Logistik telah menghantar 24 lori yang membawa sebanyak 6,222 unit khemah dan 5,500 selimut untuk tiga hari berturut-turut,” katanya dalam satu kenyataan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya