TUMPAT: Sebanyak 200 kenderaan yang ditenggelami banjir di daerah ini, baru-baru ini menerima perkhidmatan trak tunda percuma untuk dibawa ke bengkel. Program Komuniti Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Group Towing, Carrier Kelantan dan 4X4 Kelantan itu bermula di Pantai Sri Tujuh, di sini semalam. Seorang guru, Mazni Yahya, 50, berkata, lima kenderaannya rosak 100 peratus kerana tidak sempat dialihkan ekoran air naik dengan cepat…










