1MDB saman Amicorp, Knipping AS$1 bilion

1MDB saman Amicorp, Knipping AS$1 bilion

imdb
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya mengemukakan tuntutan saman terhadap penyedia perkhidmatan korporat Amicorp Group dan pe­ngasas bersama, Toine Knipping membabitkan tuntutan lebih AS$1 bilion (RM4.5 bilion).

Saman tersebut dikemukakan atas dakwaan Amicorp terbabit dengan transaksi penipuan berjumlah lebih AS$7 bilion (RM31.4 bilion) antara 2009 dan 2014.

Dalam tuntutan saman tersebut, Amicorp didakwa memainkan peranan penting melibatkan transaksi palsu pada 2009 hingga 2014, menyaksikan berlaku kecurian dana daripada 1MDB.

Jurucakap 1MDB dalam satu kenyataan berkata, Amicorp juga dituduh menyediakan ak­ses kepada sistem kewangan glo­bal melalui anak syarikatnya, Amicorp Bank yang berdaftar di Barbados dengan membenarkan kitaran berulang aset dan penciptaan jejak kertas palsu bagi menutup dana dicuri.

Amicorp didakwa menyalurkan wang dicuri melalui rangkaian global dengan membabitkan Singapura, Barbados, Curacao, Hong Kong dan Kepulauan Bri­tish Virgin.

“Kami mengambil tindakan menuntut keadilan bagi peranan yang kami dakwa Amicorp memudahkan pengubahan itu dan akhirnya melesapkan berbilion dolar dana yang dicuri,” katanya menerusi kenyataan tersebut.

Saman itu difailkan oleh Baker & Partners (BVI) Limited, Tom Smith KC of South Square Chambers, James Bailey of 7 King’s Bench Walk, dan Lim Chee Wee Partnership, bertindak sebagai peguam dalam koordinasi global mendapatkan semula aset 1MDB.

Saman itu, yang difailkan di Kepulauan British Virgin Islands pada 20 Disember lalu terhadap lapan entiti Amicorp.

Amicorp telah menghadapi tindakan pengawalseliaan dan denda di beberapa negara kera­na kegagalan pematuhan dan pelanggaran undang-undang anti pengubahan wang haram.

Amicorp pertama kali terlibat dalam skandal 1MDB pada 2016 semasa perbicaraan jenayah Singapura berhubung urus niaga dana pelaburan negara itu.

Penasihat koordinasi global iaitu Lim Chee Wee Partnrship dilantik untuk semua usaha pemulihan aset yang berkaitan dengan 1MDB. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN