Pasukan Khas siasat 1MDB tidak sah

Pasukan Khas siasat 1MDB tidak sah

Datuk Seri Najib Razak menyatakan penubuhan pasukan khas menyiasat penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2015 tidak mengikut undang-undang dan tidak sah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan penubuhan pasukan khas menyiasat penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2015 tidak mengikut undang-undang dan tidak sah.

Atas sebab itu, pasukan terdiri daripada Jabatan Peguam Negara (AGC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibubarkan.

“Pasukan khas ditubuhkan dengan cara tidak betul. Pasukan khas itu tidak sah dari segi perkhidmatan. Pasukan khas dibubarkan sebab tak sah. Kuasa untuk pasukan khas bukan kuasa AG (Peguam Negara),” ujar Najib.

Tambahnya, bekas Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim ditukarkan bukan untuk menjejaskan siasatan agensi terbabit berhubung penyelewengan tersebut sebaliknya dibuat kerana bekas pegawai itu telah `bersedia’ untuk ditukarkan.

Beliau juga menafikan pelantikan bekas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Dzulkifli Ahmad bagi menggantikan Abu Kassim sebagai Ketua Suruhanjaya SPRM bagi melindungi kepentingannya.

Selepas tidak meneruskan perkhidmatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim telah dilantik sebagai anggota fakulti (pakar jemputan) International Anti-Corruption Academy, Austria, iaitu institusi pengajian anti-rasuah yang unggul di dunia di bawah tajaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Abu Kassim juga dilantik menjadi perunding di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Pada prosiding sama, ketika ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, bekas Presiden Umno itu menyatakan bukanlah perkara yang salah untuknya mengetahui status siasatan yang dijalankan terhadapnya sekitar 2015.

Ahmad Akram kemudian membacakan beberapa petikan transkrip perbualan di antara Najib dan Dzulkifli berkaitan dengan siasatan penyelewengan dana 1MDB.

Ahmad Akram: Setuju saya katakan, Datuk Seri letakkan Tan Sri Dzulkifli dalam SPRM kerana ada kepentingan.
Najib: Tidak setuju.

Ahmad Akram: Datuk Seri mendakwa siasatan dijalankan secara berat sebelah, tidak adil. Saya cadangkan, Datuk Seri secara peribadi mengetahui mengenai siasatan yang dijalankan terhadap Datuk Seri berhubung kemasukan wang ke dalam akaun peribadi Datuk Seri.
Najib: Saya tahu ada siasatan tetapi perinciannya saya tidak tahu.

Ahmad Akram: Saya katakan Datuk Seri tahu kerana terdapat seorang timbalan pendakwa raya yang telah melihat kertas siasatan dan memaklumkan kepada Datuk Seri status siasatan yang dijalankan terhadap Datuk Seri. Sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri tak sepatutnya meminta atau mendengar penjelasan berhubung siasatan membabitkan Datuk Seri.
Najib: Saya tidak ganggu (siasatan). Saya tidak setuju.

Ahmad Akram: Datuk Seri bertanya dan mendengar maklumat terkini berhubung siasatan kes membabitkan Datuk Seri sebab ada kepentingan membabitkan wang yang masuk dalam akaun Datuk Seri sebab ada kepentingan peribadi.
Najib: Saya tak setuju dengan apa-apa yang disebut tadi. Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah di Istana Kehakiman, Putrajaya bersambung hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×