1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan Malaysia

1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan Malaysia

Imdb
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Goldman Sachs Group Inc mengambil langkah luar biasa dengan menyaman kerajaan Malaysia di sebuah mahkamah di United Kingdom, susulan perselisihan faham mengenai penyelesaian yang dikaitkan dengan peranannya, berhubung penyelesaian skandal 1MDB.

Agensi berita Reuters melaporkan, jurucakap bank tersebut sebagai berkata, mereka telah memfailkan permohonan timbang tara di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London pada Rabu, terhadap kerajaan Malaysia.

Jurucakap tersebut berkata, langkah itu diambil kerana Malaysia didakwa melanggar tanggungjawabnya untuk mengkredit aset dengan sewajarnya terhadap jaminan yang disediakan Goldman Sachs dalam perjanjian penyelesaian mereka, dan untuk mendapatkan semula aset berkaitan.

Dana pelaburan 1MDB menjadi pusat skandal berjumlah berbilion dolar, yang telah menyebabkan siasatan dilakukan di beberapa benua.

Selepas berbulan membatalkan perjanjian asal pada 2020, Goldman Sachs mengakui peranannya dalam kes rasuah terbesar dalam sejarah penguatkuasaan Amerika Syarikat (AS), dan mencapai perjanjian penyelesaian melebihi AS$5 bilion (RM24 bilion) untuk 1MDB.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian 2020 dengan Malaysia, Goldman Sachs telah membuat pembayaran awal AS$2.5 bilion (RM11.8 bilion) pada September tahun tersebut, selain menjamin pemulangan aset 1MDB yang dirampas pihak berkuasa di beberapa negara berjumlah AS$1.4 bilion (RM6.6 bilion).

Langkah tersebut sebagai timbal balas terhadap persetujuan Malaysia untuk menggugurkan tuduhan pendakwaan terhadap firma tersebut, selain tidak memfailkan permohonan pendakwaan yang Baharu.

Goldman Sachs juga perlu melakukan pembayaran interim berjumlah AS$250 juta jika Malaysia tidak menerima sekurang-kurangnya aset bernilai AS$500 juta (RM2.4 bilion) menjelang Ogos 2022.

Sejak itu Goldman Sachs berkata dalam pemfailan timbang tara tersebut, kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan selanjutnya.

Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengugut untuk menyaman Goldman Sachs jika bank itu tidak membuat rundingan semula untuk mencapai penyelesaian baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya