PETALING JAYA: 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya mengemukakan tuntutan saman terhadap penyedia perkhidmatan korporat Amicorp Group dan pengasas bersama, Toine Knipping membabitkan tuntutan lebih AS$1 bilion (RM4.5 bilion). Saman tersebut dikemukakan atas dakwaan Amicorp terbabit dengan transaksi penipuan berjumlah lebih AS$7 bilion (RM31.4 bilion) antara 2009 dan 2014. Dalam tuntutan saman tersebut, Amicorp didakwa memainkan peranan penting melibatkan transaksi palsu pada 2009 hingga 2014, menyaksikan berlaku kecurian…