KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim selesai memberi keterangan kepada Lembaga Disiplin PKR kelmarin, susulan aduan yang dihantar Setiausaha Agung parti itu, Dr. Fuziah Salleh. Menurut Hassan, proses tersebut berjalan selama satu jam setengah bermula pukul 3 petang dan dikendalikan enam anggota panel, empat secara bersemuka dan dua lagi secara maya. Jelas beliau lagi, dua pertuduhan telah dibacakan terhadapnya, termasuk tulisan beliau di Facebook bertarikh 5 November…