KUALA LUMPUR: Datuk Seri Fadillah Yusof menekankan peri pentingnya peranan pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan bagi membendung elemen negatif yang semakin menular di media sosial. Menurut Timbalan Perdana Menteri, selain melaporkan kes-kes seperti buli siber dan penipuan, pengamal media juga mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi “perisai” dalam menangkis penyebaran berita palsu yang memenuhi platform digital. “Pengamal media perlu bertanggungjawab dalam memainkan peranan sebagai benteng terhadap maklumat tidak sahih…