Lebuh raya baharu akan dibina atasi kesesakan

Lebuh raya baharu akan dibina atasi kesesakan

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang melaksanakan Kajian Kemungkinan Pembinaan Jalan dari Simpang Pelangai, Pahang ke Putrajaya dan Wilayah Persekutuan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kajian itu bagi mencari penyelesaian untuk melengkapkan kesalinghubungan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU).

Selain itu, katanya, ia bagi menentukan laluan alternatif untuk mengurangkan kesesakan kepada laluan sedia ada dari Pantai Timur ke Pantai Barat Malaysia.

“Kajian ini telah diluluskan dalam Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Ke-12 (RP4, RMKe-12) dengan kos siling kajian sebanyak RM2.5 juta. Kajian ini telah bermula pada 12 Ogos lalu dan dijadualkan siap pada 12 Ogos 2025.

“Skop kajian ini melibatkan Kajian Guna Tanah, Kajian Sosio Ekonomi, Kajian Trafik, Kajian Penilaian Saringan Impak Alam Sekitar (Environmental Screening Study), Kajian Penilaian Saringan Impak Sosial (Social Screening Study), Reka bentuk Awalan Kejuruteraan, Perincian Penilaian Ekonomi dan Kewangan dan Cadangan Fasa Pelaksanaan Projek.

“Pelaksanaan projek fizikal adalah tertakluk kepada hasil kajian dan ketersediaan kewangan kerajaan kelak,” katanya Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) yang meminta KKR menyatakan rancangan kementerian bagi mengatasi masalah kesesakan trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dan adakah laluan alternatif akan dibina bagi jaringan menghala ke Pantai Timur dari Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN