Kurang pengunjung, peniaga bilis terjejas

Kurang pengunjung, peniaga bilis terjejas

PENIAGA ikan bilis mata biru di Lumut mendakwa perniagaan terjejas kerana kurang pengunjung di pekan kecil itu. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Peniaga hasil laut ikan bilis mata biru yang terkenal di Lumut mengakui perniagaan mereka terjejas kerana kedatangan pelancong ke pekan itu tidak lagi seramai dahulu.

Selain kurang pengunjung, peniaga berkata, jualan secara dalam talian turut menyebabkan pelanggan tidak perlu ke premis perniagaan.

Peniaga yang ditemui memberitahu, jualan ketika ini merosot teruk kerana kurang pelanggan pada hari biasa sehinggakan kawasan perniagaan mereka lengang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata mereka, pada hari Ahad semasa pelancong pulang bercuti dari Pulau Pangkor sepatutnya pekan Lumut menjadi tumpuan tetapi tidak ramai pelancong yang singgah.

Seorang peniaga hasil laut, Mohammad Azat Mohd. Nazry, 37, berkata, ikan bilis mata biru dari Pulau Pangkor dijual pada harga bermula RM120 sekilogram manakala bagi ikan bilis biasa paling murah RM25 hingga RM30 sekilogram.

“Memang harga ikan bilis mata biru mahal sebab kami ambil pun mahal, macam mana nak jual dengan harga murah dan tidak boleh samakan dengan harga yang dijual dalam talian.

“Namun sejak kebelakangan ini jualan secara terus kepada pembeli yang datang merosot kerana pengunjung ke pekan ini semakin kurang kerana ramai pelancong nak ke Pangkor terus ke Jeti Marina, tak ramai singgah ke Lumut,” katanya.

Menurutnya, kekurangan parkir antara faktor menyebabkan pelancong semakin kurang ke Lumut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini