Kerajaan Persekutuan, Kelantan perlu semeja

Kerajaan Persekutuan, Kelantan perlu semeja

MOHAMED Fadzli Hassan bercakap kepada wartawan selepas Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kedua DUN Kelantan Ke-15 Tahun 2024 di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan semalam. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan melihat Kerajaan Persekutuan perlu duduk semeja dengan mereka bagi mencari jalan terbaik menyelesaikan isu pelajar Malaysia yang menetap di Thailand sehingga ada menyeberang Sungai Golok untuk ke sekolah di Rantau Panjang.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, pihaknya tidak mempunyai autoriti ke­rana perkara itu di luar bidang kuasa mereka.

Menurutnya, ini kerana aspek pengawalan keselamatan di kawasan di sempadan Malaysia merupakan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

“Setiap pelaksanaan dan pe­nguatkuasaan undang-undang pasti akan mempunyai implikasi terhadap rakyat. Pada masa masa kerjasama antara kedua-dua negara (Malaysia-Thailand) juga sangat penting dalam menangani isu tersebut sambil turut melihat kesan daripada keputusan yang dibuat.

“Masalah ini bukan hanya membabitkan sekolah-sekolah agama kelolaan kerajaan ne­geri malah turut melibatkan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),” katanya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, hampir 400 pelajar yang tinggal di Thailand dan berulang alik dengan perahu menyeberangi Sungai Golok memilih untuk bersekolah di sini kerana mereka adalah warga­negara Malaysia.

Dianggarkan seramai 150 dari­pada mereka belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Kebangsaan (SK) di bawah seliaan KPM.

Selebihnya, mengikuti pe­ngajian di Sekolah Menengah Ugama selian Yayasan Islam Kelantan (YIK). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN