MELAKA: Dakwaan pengurusan kelab golf meminggirkan pekerja tempatan dan mengutamakan pekerja asing disifatkan tidak berasas oleh pengusaha industri berkenaan. Pengurus Kelab Golf Tiara Melaka, Johari Md. Derus berkata, pihaknya menggunakan hikmat pekerja tempatan terutamanya di bahagian padang seperti memotong rumput, meratakan bunker, menyiram air pada rumput dan sebagainya. Katanya, isu yang dihadapi adalah untuk mendapatkan kedi wanita tempatan kerana ia merupakan permintaan tertinggi dalam kalangan pemain golf berbanding kedi lelaki…










