Jangan biarkan markas, cawangan ‘mati’ – Hashim

Jangan biarkan markas, cawangan ‘mati’ – Hashim

HASHIM JASIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menegur dan menyeru perpaduan di dalam parti itu di negeri ini kembali dihidupkan de­ngan antara lain memastikan markas atau cawangan Pas dihidupkan bukan dibiarkan ‘mati’.

Katanya, apabila sudah memerintah negeri, dasar yang baik perlu disokong, sebalik­nya jika salah, diperbetulkan.

“Contohnya, Kompleks Pas ini yang menjadi simbol parti di negeri ini bukan bertambah makmur sebaliknya makin le­mah. Yang bertanggungjawab sudah jarang nampak datang ke sini (kompleks Pas).

“Dahulu tidak seperti ini, orang ramai datang sini, minta tolong, kita ada di sini selesai masalah. Sekarang suasana itu tidak ada dan ia amat mendukacitakan. Ia perlu diperbaiki dulu dan kembalikan ahli ke arah perpaduan.

“Dalam masa sama, markas, cawangan-cawangan Pas perlulah dihidupkan kembali. Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang, kita menang enam kali, saya tiga penggal dan Menteri Besar juga tiga penggal. Adakah masuk akal DUN di situ, tidak ada aktiviti, ‘mati’.

“Di kawasan-kawasan juga aktiviti markas-markas perlu kembali dihidupkan. Apabila ada kuasa, sepatutnya aktiviti di peringkat parti itu dihidupkan, usah biarkan ia ‘mati’, “ katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Tegasnya, perkara sedemi­kian tidak sepatutnya berlaku dan masih ada peluang untuk diperbaiki.

Bagaimanapun kata Ha­shim, sejak kebelakangan ini sudah mula ada perubahan dengan aktiviti parti dan cawangan atau markas ini selain kelas-kelas agama seperti dahulu kembali dihidupkan.

Beliau juga sarankan untuk menjadikan pemerintahan Sai­dina Abu Bakar dan Saidina Omar sebagai rujukan dalam pentadbiran.

“Jika dasar kepemimpinan kedua-dua khalifah ini diamalkan, usaha memperbaiki keadaan akan membuahkan hasil positif. Dasar khalifah ini jangan dipandang ringan, selepas dilantik, mereka terus menegaskan perkara-perkara penting dalam pentadbiran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN