Henti guna NGV lebih untungkan pemandu teksi

Henti guna NGV lebih untungkan pemandu teksi

KERATAN laporan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Larangan operasi kenderaan berkuasa bahan api gas asli mampat (NGV) mulai 1 Julai tahun depan dilihat sebagai jalan penyelesaian lebih fleksibel dan menguntungkan pemandu teksi.

Yang Dipertua Gabungan Teksi Malaysia (GTSM), Kamarudin Hussain berkata, dengan penggunaan petrol, pemandu teksi boleh mengisi minyak di mana-mana stesen pada bila-bila masa tanpa perlu bergantung kepada stesen NGV yang terhad.

“Selain itu, kenderaan teksi mempunyai lebih banyak ruang bagasi tanpa tangki NGV yang sebelum ini mengambil ruang besar,” katanya ketika dihubu­ngi Utusan Malaysia.

Terdahulu, Kementerian Pengangkutan mengumumkan kenderaan NGV tidak lagi dibenarkan beroperasi di negara ini mulai 1 Julai 2025 susulan keputusan Jemaah Menteri pada 2 Oktober lalu.

Langkah itu diambil atas dasar keselamatan setelah didapati sebahagian besar ken­deraan NGV di negara ini berada dalam fasa akhir hayat tangki bahan api mereka.

Menurut Kamarudin, meskipun persatuan teksi tidak pernah dipanggil dalam sebarang sesi libat urus berkaitan penghentian NGV, beliau yakin per­alihan kepada penggunaan petrol di­jangka dapat meningkatkan daya saing perkhidmatan teksi selain memberi keselesaan lebih baik kepada pemandu.

Beliau turut yakin inisiatif itu membantu memperbaiki taraf hidup pemandu teksi di dalam dan luar bandar, sekali gus memberikan hak kepada mereka untuk beroperasi de­ngan le­bih efisien dan ekonomik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN