KUALA LUMPUR: Pengarah dan penerbit, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, menyelar peneraju Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) kerana tidak agresif dalam memastikan Skim Wajib Tayang terpelihara tanpa wujud pelanggaran dalam sistem. Menurut Idham, sebagai bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas, dia melihat wujud isu pelanggaran tarikh wajib tayang untuk sesebuah filem namun sehingga kini badan tersebut tidak mengambil apa-apa tindakan. “Saya pernah tegur Finas dan minta mereka memainkan peranan untuk…










