Thailand Week 2024 sasar perdagangan eksport lebih RM16 juta

Thailand Week 2024 di KLCC sasar perdagangan eksport lebih RM16 juta

DARI kiri: Worawan Wanwil (kiri) bersama Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Ekonomi Perindustrian Thailand, Siripen Kiatfuengfoo; Duta Thailand ke Malaysia, Lada Phumas dan Pengarah Pejabat Pelancongan Thailand Kuala Lumpur, Sirinthara Surakanitaya bergambar dalam satu majlis di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penganjuran acara Thailand Week 2024 yang akan berlangsung dari 16 hingga 19 Oktober depan dijangka menghasilkan perdagangan eksport melebihi antara RM16 juta sehingga RM58 juta dalam tempoh setahun.

Pengarah Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa (DITP Malaysia), Worawan Wanwil berkata, acara tersebut dilihat menjadi medium pemain industri dan perniagaan yang ingin memanfaatkan potensi besar pasaran ASEAN.

Selain itu katanya, program tersebut bakal menjanjikan peluang yang signifikan untuk perniagaan Malaysia, pengimport dan pengguna bagi kedua-dua negara.

“Acara itu juga akan menjadi destinasi utama bagi pemimpin industri, usahawan dan inovator untuk berhubung, bekerjasama dan membina perkongsian transformasi yang akan memacu pertumbuhan ekonomi dan inovasi signifikan dengan kehadiran lebih daripada 100 jenama dinamik.

“Bersempena dengan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor yang ke-8 pada tahun 2024, Thailand Week 2024 akan mengumpulkan pembeli, pegawai perolehan, pengeluar, pemilik perniagaan, penggubal dasar kerajaan dan banyak lagi untuk memupuk hubungan bermakna dan mengembangkan jangkauan pasaran mereka,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Thailand Week 2024 dianjurkan oleh Kedutaan Diraja Thailand di Kuala Lumpur, DITP Malaysia dan Lembaga Pelancongan Thailand itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Tambah Worawan, dengan tema Membuka Peluang Perdagangan, Memperkasakan Potensi Perniagaan Tema tahun ini, ia mencerminkan misi acara ini untuk memberikan perniagaan alat dan wawasan yang mereka perlukan untuk berjaya dalam pasaran global yang kompetitif.

Dalam pada itu Worawan berkata, Thailand Week 2024 akan melibatkan aktiviti pameran produk hotel, restoran dan syarikat katering (Horeca), sesi penyelarasan perniagaan, persembahan budaya dan zon pengalaman yang menawarkan bengkel dan demonstrasi produk.

Kata beliau, kategori produk sasaran akan merangkumi industri utama termasuk makanan dan minuman melibatkan jenama popular seperti Taobin, Red Bull, Coco Thumb, Teh Ranong, Charoen Pokphand Foods, Pes Cili Maepranom, GreenVille, Thai Coco, Befish, Unifirm, dan BPS Candy.

“Produk industri lain adalah kesejahteraan seperti TOA, Yahn, minyak Tropicana, Serbuk Panas Ular dan KHAOLAOR.

“Selain itu, produk inovasi menampilkan pameran daripada Agensi Inovasi Nasional, Thailand selain produk fesyen dan gaya hidup oleh HomePro, dan LECOS. Turut terlibat produk haiwan peliharaan seperti Perfect Companion dan Thai Awesome serta produk berkaitan kepercayaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN