Suhakam tuntut kerajaan mansuhkan hukuman rotan

Suhakam tuntut kerajaan mansuhkan hukuman rotan

SURUHANJAYA Hak Asasi Manusia (Suhakam)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menggesa kerajaan supaya memansuhkan semua jenis hukuman berunsur penderaan fizikal seperti merotan susulan kematian seorang banduan di penjara Pokok Sena, Kedah, baru-baru ini.

Suhakam berkata, pihaknya menentang segala bentuk hukuman yang mendera kerana ia melanggar hak asasi dan maruah sebagai seorang manusia.

Menurutnya, segala bentuk hukuman yang mendatang kemudaratan fizikal dan psikologi teruk adalah bercanggah dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa seperti yang ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa.

“Suhakam menyeru kerajaan segera memansuhkan hukuman yang berbentuk dera termasuk yang termasuk dalam Kanun Keseksaan, Kanun Tatacara Jenayah, Akta Penjara dan perundangan yang berkaitan.

“Malah, hukuman dera di sekolah yang dilihat menormalisasikan keganasan terhadap kanak-kanak juga perlu diharamkan untuk menjaga kesejahteraan mental dan fizikal generasi akan datang,” katanya di dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, kes kematian banduan di Penjara Pokok Sena selepas hukuman sebatan adalah disebabkan jangkitan kuman dalam darah.

Mengulas lanjut, Suhakam berkata, negara perlu melaksanakan reformasi terhadap sistem keadilan jenayahnya dan meninggalkan amalan lapuk yang memudaratkan dan memberi fokus kepada pendekatan pemulihan.

“Insiden ini menggariskan pentingnya reformasi yang menyeluruh. Kami menyeru pihak berkuasa untuk menjalankan penyiasatan penuh, bebas dan telus terhadap  kejadian ini serta memastikan mereka yang bertanggungjawab dipertanggungjawabkan.

“Suhakam akan terus memantau kes ini dengan teliti dan berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan untuk mendesak pembaharuan yang selaras dengan piawaian antarabangsa,” jelasnya.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN