Promosi Masakan Perlis di Berlin, 7 November ini

Promosi Masakan Perlis di Berlin, 7 November ini

Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil menyerahkan plak pelancaran Promosi Masakan Perlis kepada Adina Kamarudin di Berlin, Jerman semalam. Turut berangkat, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jerman sedang berusaha memodenkan sektor keretapinya selari dengan Perjanjian Hijau Kesatuan Eropah (EU) yang lebih luas dan menekankan pengangkutan mampan dan neutral karbon menjelang tahun 2050. 

Negara tersebut juga sedang menyelaraskan strategi mereka dengan memberi tumpuan terhadap perubahan iklim dan kelestarian. 

Mereka juga banyak melabur dalam pemodenan dan penghijauan infrastruktur relnya sebagai sebahagian daripada matlamat penyahkarbonan di bawah Perjanjian Hijau Kesatuan Eropah  (EU Green Deals). 

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi Pameran Antarabangsa Innotrans 2024 di Berlin, salah satu fokus kali ini adalah penekanan kepada teknologi kecerdasan buatan (AI) sebagai kuasa transformatif dalam industri rel.

Ia membuka peluang kepada syarikat-syarikat syarikat -syarikat dunia termasuklah Malaysia, terutamanya bagi penyelesaian rel pintar, pendigitalan,  sistem cekap tenaga, serta AI dalam membentuk masa depan rel.

Demikian kata Duta Besar Malaysia ke Jerman, Datin Paduka Dr. Adina Kamarudin dalam kenyataan sempena Pra-Pelancaran Promosi Masakan Perlis yang akan diadakan di Institute of  Cultural Diplomacy (ICD) Berlin pada 7 November ini.

Promosi itu adalah inisiatif oleh Dr. Adina dan Kedutaan Malaysia di Berlin bersama-sama pihak ICD dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Yayasan Tuanku Fauziah (YTF), Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn. Bhd. dan Smart Leisure Sdn Bhd. 

Kurma Daging Perlis akan disajikan sempena kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 dalam program Institute Of Cultural Diplomacy Berlin tersebut.

Majlis itu turut dihadiri oleh Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan isteri,Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil,

Sebelum itu, baginda berdua menghadiri ‘Pameran Antarabangsa InnoTrans 2024’ di Messe Berlin. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini