KUALA LUMPUR: Beberapa penyokong tegar Datuk Seri Najib Razak dilihat mula berkumpul di hadapan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Mereka dipercayai tiba sejak pukul 6.30 pagi tadi.
Ada di antara mereka yang dilihat berkerusi roda dan ada yang membawa kerusi sendiri bagi menunggu kehadiran Najib.
Pada hari ini, sekitar pukul 9 pagi, Mahkamah Tinggi di sini akan membuat keputusan sama ada akan memanggil bekas Ahli Parlimen Pekan itu untuk membela diri atas 25 pertuduhan berkait penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion. – UTUSAN