PUTRAJAYA: Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan bersedia menghadapi fasa peralihan Monsun Timur Laut (MTL) yang diramal berlaku lebih awal iaitu pada minggu keempat bulan ini, berbanding November. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perubahan ramalan itu berlaku antaranya disebabkan oleh faktor perubahan iklim. “Monsun Timur Laut akan sampai lazimnya pada awal minggu pertama bulan November, tapi disebabkan oleh perubahan cuaca atau iklim ada kemungkinan mengikut…










