Metamorfosisrama-rama gothik

Metamorfosis rama-rama gothik

Koleksi haute goth Nur Allieya Shahira Shahril Irwan ini diilhamkan daripada kitaran metamorfosis rama-rama malam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menyingkap keindahan daripada proses pereputan dan kematian, kemudian diolah dengan sentuhan elemen gothik.

Koleksi haute goth Nur Allieya Shahira Shahril Irwan ini diilhamkan daripada kitaran metamorfosis rama-rama malam.

Bermula daripada ulat, beralih ke kepompong dan akhirnya menjadi dewasa.

Perincian lipatan halus digunakan untuk menonjolkan struktur biologi serangga itu secara dekat.

Penggunaan balutan dan fabrik jaring pula memberi efek lusuh dan mereput pada busana, sekali gus menggambarkan sifat rapuh rama-rama itu.

Siluet skirt dan cape gaya Victoria turut diserap masuk bagi menguatkan naratif romantik gelap dalam keseluruhan rekaan.

“Inspirasi utama datang daripada rama-rama malam tropika Lyssa zampa yang juga dikenali sebagai Swallowtail Moth.

“Serangga ini tertarik kepada cahaya walaupun berisiko, sama seperti manusia yang tetap mengejar keinginan meskipun sedar akan bahaya,” katanya.

Kata pereka muda ini, proses menghasilkan koleksi Erotic Melancholia: Whispers of Lyssa bukan sesuatu yang mudah.

Banyak usaha, tenaga dan emosi dicurahkan, di samping perlu mengimbangi tanggungjawab sebagai pelajar.

“Saya bermula sebagai pelajar matrikulasi tanpa asas menjahit dan membuat pola, hanya mempunyai kemahiran mereka dan ilustrasi.

“Tempoh kira-kira tiga bulan diambil untuk menyiapkan tiga busana ini yang terdiri daripada gaun rama-rama di samping dress kepompong dan ulat,” katanya.

Cabaran utamanya ialah menghasilkan lipatan berulang tanpa henti dan proses melapis hiasan efek pereputan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN