Luluh hati lihat jasad dua anak kaku dalam parit

Luluh hati lihat jasad dua anak kaku dalam parit

MUHAMMAD Yahya menunjukkan gambar dua anaknya yang lemas di kawasan parit di Kampung Melaka, Tanjong Karang di Kuala Selangor, Selangor. - MINGGUAN/ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: “Luluh hati melihat jasad mereka terbujur kaku. Saya kehilangan dua anak dalam sekelip mata.”

Demikian rintihan seorang bapa selepas menemukan dua anak lelakinya yang lemas di kawasan parit Kampung Melaka, Tanjong Karang di sini, kelmarin.

Tragedi menyayat hati itu menimpa Allahyarham Mohd. Rasul Iman Muhammad, 9 dan adiknya, Allahyarham Mohd. Abd. Qoyum, 7, yang tenggelam dalam parit berkenaan.

Muhammad Yahya, 58, berkata, ketika kejadian dia mahu pulang ke rumah selepas memasak di rumah kenduri kenalannya di kampung itu, kira-kira pukul 6.30 petang.

“Namun, saya pelik melihat Mohd. Rasul dan adiknya tiada sebelum segera mencari mereka di kawasan kampung namun tidak ditemukan. Saya kemudian ternampak bola dan selipar mereka dalam parit dan turun bagi mendapatkan kepastian,” katanya ketika ditemui di Parit 1 Sungai Burong, semalam.

Ujar bapa kepada lima anak itu, hatinya luluh selepas menemukan jasad Mohd. Abd. Qoyum di dalam parit tersebut.

“Sebaik sahajaj mengangkat dan meletakkan mayat itu di tebing, saya turun semula ke parit sebelum menemukan jasad Mohd. Rasul tidak jauh daripada adiknya itu,” katanya.

Menurutnya, anak ketiga dan keempatnya itu mengikutnya untuk menyediakan juadah majlis kenduri arwah pada sebelah malam.

“Saya bantu memasak nasi dan lauk kicap di rumah rakan yang turut mengadakan majlis kenduri kahwin pada Sabt). Tidak sangka pula permintaan terakhir mereka itu menjadi petanda mereka pergi buat selamanya,” luahnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×