DUNGUN: Luluh hati seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun di sini apabila kehilangan tiga sahabat baik dalam satu masa selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV berhampiran universiti itu, semalam. Muhammad Hazarul Ashwaq Azhar, 20, yang merupakan pelajar Jurusan Perakaunan, berkata, mangsa, Khairil Anwar Jamaludin, 20 merupakan rakan sebiliknya manakala dua lagi mangsa iaitu Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, pernah menjadi rakan sebilik ketika…










