KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan diperuntukkan RM64.1 bilion dalam Belanjawan 2025 berbanding RM58.7 bilion tahun ini dalam usaha menjadikan ruang pembelajaran selesa dan selamat kepada semua pelajar. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keutamaan kerajaan memberikan peruntukan tertinggi dalam sejarah itu adalah bagi memastikan setiap projek menaik taraf dan penyelenggaraan sekolah di seluruh negara berjalan tanpa gangguan. Menurutnya, RM2 bilion diperuntukkan untuk tujuan itu dengan RM1 bilion khusus untuk menyelenggara…