DUNGUN: Imam Pusat Hidayah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun mengakui tidak mampu menahan sebak ketika membacakan doa mengetuai solat jenazah bagi tiga penuntut yang maut dalam nahas jalan raya di hadapan universiti itu, di sini, kelmarin. Muhammad Adam Ali berkata, sepanjang 10 tahun menjadi imam, ini merupakan kali pertama dia mengetuai solat jenazah yang disertai lebih 1,000 jemaah dalam suasana sangat hiba. “Tragedi ini memang memberi kesan kepada semua…










