PUTRAJAYA: Penggabungan penguat kuasa tujuh agensi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan dapat meningkatkan keberkesanaan operasi penguatkuasaan dalam sektor pertanian dan yang berkaitan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Tan Sri Dr. Ismail Bakar berkata, inisiatif KPKM itu adalah usaha positif untuk memperkukuh integriti dan keberkesanan dalam sektor berkenaan. Bagaimanapun, katanya, akta-akta yang berkaitan perlu dikekalkan dan pengurusan akta di bawah agensi-agensi tersebut hendaklah diselaraskan…










