PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenuhi jemputan rumah terbuka Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran Sanasee sempena sambutan perayaan Deepavali, hari ini.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berterima kasih kepada Vigneswaran yang memberi layanan baik termasuk menyediakan menu yang lazat.
“Semoga sambutan Deepavali ini melimpahkan kebaikan buat keluarga saudara Vigneswaran dan teman-teman, serta semua yang menyambut perayaan ini,” katanya di dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN).- UTUSAN