Bantuan veteran ATM dinaikkan

Bantuan veteran ATM dinaikkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju kadar Bantuan Sara Hidup berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) untuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen dinaikkan kepada RM500 sebulan ketimbang RM300 pada masa ini. 

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan turut bersetuju melanjutkan bayaran Penghargaan Khas Kepada Pesara dan penerima pencen terbitan mulai Januari hingga Disember 2025.

“Selaras dengan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), pelarasan pencen juga akan dilaksanakan secara berfasa berdasarkan pelarasan peratusan ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing termasuklah pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya yang juga Perdana Menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN