GUA MUSANG: Wanita yang nyaris maut dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat dekat Persimpangan Bendahara, di sini pada 9 Julai lalu akan menjalani kaunseling dalam usaha meredakan trauma yang dialaminya. Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, berkata, dia akan menjalani rawatan tersebut minggu depan di Hospital Gua Musang bagi membantu proses pemulihan. “Selain itu, saya perlu membuat ujian imbasan ‘ultrasound’ di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada bulan…










