Tuah duyung, pontianak Maya Karin

Tuah duyung, pontianak Maya Karin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Maya Karin bersyukur kerana watak-watak yang pernah dibintanginya seperti duyung dan pontianak masih diingati sehingga hari ini.

“Saya pernah menjadi macam-macam mahluk. Saya juga tidak sangka impaknya akan sebesar ini. Kutipan filem Duyung mencecah RM7 juta dan pada waktu itu, ia sangat besar.

“Saya sangat bertuah kerana dapat terlibat di dalam projek yang bertahan di hati penonton sehingga hari ini dan mungkin berpuluh tahun ke hadapan.

“Ramai artis yang terlibat dengan penggambaran ‘back to back’ tapi bila sudah ditayangkan, setahun kemudian, penonton akan lupa. Drama baharu akan terus ditayangkan,”jelasnya.

Pada masa yang sama, pelakon ini mengakui bukan mudah untuk membawakan dua watak ikonik ini terutamanya daripada aspek fizikal.

“Jangan ingat jadi pontianak dan duyung ini sesuatu yang mudah terutama sekali dari segi fizikal.

“Nak terbang dari pokok ke pokok dengan diikat tali berjam-jam. Ia sakit sehinga luka di badan. Kostum duyung pula ambil masa empat jam untuk dipakai dan sejam untuk ditanggalkan.

“Orang luar tak nampak. Mereka hanya melihat kostum dan make up yang cantik serta duyung yang comel-comel tapi ia merupakan kerja keras namun, berbaloi,”ujarnya.

Selain Maya, filem ini turut mengembalikan barisan pelakon-pelakon asal seperti Saiful Apek, Yasmin Hani dan Yassin.

Malah, beberapa pelakon baharu turut diperkenalkan seperti Ayien Floor 88, Anna Jobling, Nadia Brian, Atu Zero dan Syarif Zero.

Duyung: Lagenda Aurora bakal memulakan penggambaran pada 13 September sehingga Oktober ini di beberapa lokasi iaitu Pulau Langkawi, Pulau Paya, Lembah Klang dan Putrajaya.

Filem ini dijadualkan akan ditayangkan pada suku ketiga 2025.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN