Singapura umum vaksinasi Mpox kepada petugas kesihatan

Singapura umum vaksinasi Mpox kepada petugas kesihatan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Negara ini akan menawarkan vaksin mpox kepada petugas kesihatan yang berisiko tinggi terdedah kepada penyakit tersebut, serta kontak rapat kes yang telah disahkan.

Berdasarkan bukti semasa mengenai cara penularan mpox, tiada keperluan untuk memakai pelitup muka bagi individu yang sihat.

Perkara itu diumumkan dalam satu sidang akhbar ketika kebimbangan terhadap strain clade 1, yang mendorong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk sekali lagi mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam global buat kali kedua dalam tempoh dua tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak mempunyai maklumat penuh mengenai ciri-ciri virus ini, tetapi kita mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai cara ia bertindak, ciri-ciri utama yang membolehkan kita membangunkan pelan tindak balas,” kata Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung.

Langkah-langkah di Singapura mungkin perlu disesuaikan dari semasa ke semasa, tambahnya, selari dengan perubahan situasi dan pemahaman dunia mengenai virus ini.

Clade 1 merupakan mpox yang lebih berbahaya.

Satu strain bermutasi iaitu clade 1b muncul pada September 2023 dan pertama kali dikesan dalam kalangan pekerja seks di Republik Demokratik Congo dan telah menyebabkan peningkatan kes baru-baru ini di negara-negara Afrika.

Setakat ini, Singapura belum mengesan sebarang jangkitan clade 1.

Namun, kesemua 14 kes mpox yang dilaporkan di negara ini,setakat tahun ini adalah dari subjenis clade 2 yang kurang berbahaya.

“Saya boleh katakan secara keseluruhannya, kita memang berhak bimbang tentang mpox clade 1,” kata Ong. -CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini