TUMPAT: Seorang cucu sempat memangku dan mengajar neneknya mengucap sebelum maut selepas dilanggar sebuah motosikal semasa melintas jalan untuk menghantar kuih di sebuah kedai di Kampung Berangan, di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu, Sopiah Uma, 73, maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah. Zuli Che Hassan, 38, berkata, sebaik sahaja mengetahui kejadian itu, dia bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira 300 meter dari rumahnya. Katanya, semasa…










