Polis siasat kanak-kanak 9 tahun cuba dilarikan wanita tidak dikenaliPolis siasat kanak-kanak 9 tahun cuba dilarikan wanita tidak dikenali

Polis siasat kanak-kanak 9 tahun cuba dilarikan wanita tidak dikenali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis membuka siasatan berkaitan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun didakwa cuba dilarikan individu tidak dikenali dalam kejadian di Bukit Beruntung dekat sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd. Asri Mohd. Yunus berkata, pihak polis menerima laporan pada 8.56 malam semalam daripada ibu kanak-kanak itu di Balai Polis Bukit Sentosa.

Katanya, wanita itu mendakwa anaknya cuba dilarikan seorang wanita tidak dikenali semasa sedang menunggu van sekolah di bawah blok rumahnya di kawasan Bukit Beruntung di sini.

“Hasil siasatan polis mendapati suspek merupakan warga tempatan dipercayai bertindak untuk melarikan kanak-kanak tersebut namun gagal kerana mangsa berjaya melarikan diri ke kedai berhampiran serta menjerit meminta tolong.

“Saksi yang berada di tempat kejadian berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu manakala suspek berjaya melarikan diri apabila saksi awam cuba menahannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, polis telah membuka satu kertas siasatan yang disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

“Polis Hulu Selangor menasihat ibu bapa supaya lebih peka terhadap anak-anak serta jangan meninggalkan anak-anak sendirian semasa di luar rumah dan ianya akan mengundang peluang dan ruang kepada penjenayah.

“Polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh terus ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03- 60641223,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN