KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) serta Pengarah CDMH Capital Sdn Bhd, Datuk Mohd. Idzwan Idzuddin dilantik sebagai Pengerusi PMB Investment Berhad yang baharu berkuat kuasa Isnin lalu. Pelantikan tersebut dibuat menerusi sepucuk surat daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah kepada beliau pada 2 September lalu. Berdasarkan surat tersebut, tempoh lantikan Mohd. Idzwan yang juga Pengarah Eksekutif Bintai Kinden Corporation…










