PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) Melaka disaran mengekalkan status quo Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia berikutan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi itu hanya dilihat membazir masa dan wang jika diadakan. Penganalisis politik, Dr. Azmi Hassan berkata, ini kerana DUN Melaka akan dibubarkan dua tahun lagi. Jika kekosongan diumumkan ketika ini katanya, maka PRK perlu diadakan kerana usia DUN Melaka masih berbaki kira-kira empat bulan lagi untuk mencapai tempoh tiga tahun…










