Kedah tuntut caj air  atas P. Pinang ke  mahkamah  - Sanusi Kedah tuntut caj air  atas P. Pinang ke  mahkamah  - Sanusi

Kedah tuntut caj air  atas P. Pinang ke  mahkamah  – Sanusi

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Kedah akan mengheret Pulau Pinang ke mahkamah untuk menuntut bayaran caj air mentah dari Sungai Muda yang dibekalkan kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pihak pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang yang mahu perkara tersebut melalui proses mahkamah.

“Pulau Pinang yang kata bawa ke mahkamah, dia yang kata nak tuntut bayaran kena bawa ke mahkamah. Dia yang suruh, bukan saya nak. Sila baca kenyataan dia, kita akan buatlah.

“Kerugian tidak tahu berapa, mungkin sejak Tuhan buat dunia. Mungkin RM50 juta setahun,” katanya dalam sidang akhbar selepas Sidang Kemuncak Empat Kerajaan Negeri (SG4) di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas berhubung langkah Kedah untuk menuntut bayaran caj air mentah Sungai Muda dari Pulau Pinang.

Terdahulu,  Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dilapor  mengesa Kerajaan Kedah yang berhasrat menuntut caj air mentah dari negeri itu perlu melalui mahkamah dan bukan di media atau secara terbuka. 

Ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN),  juga  dilaporkan Kerajaan Kedah  akan terus menuntut bayaran caj air mentah dari Pulau Pinang yang ketika ini mendapat 84 peratus sumber airnya dari Sungai Muda.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar negeri Mohamad Yusoff@Munir Zakaria dilaporkan berkata, tuntutan itu  dibuat sejak 2010.

Sebagai rekod, Kedah sebelum ini mengemukakan tuntutan bertulis kepada Pulau Pinang untuk mengenakan caj air mentah sebanyak RM50 juta setahun berikutan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mendapat bekalan air dari  Sungai Ulu Muda.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN