Hospital mengaku tertukar bayi, jururawat terpotong gelang tangan

Hospital mengaku tertukar bayi, jururawat terpotong gelang tangan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAMUT SAKHON: Sebuah hospital di sini bersetuju memberi pampasan kepada dua buah keluarga selepas mengakui kesilapan tertukar bayi dalam satu kejadian, bulan lalu.

Keputusan tersebut diumumkan dalam satu kenyataan yang ditandatangani oleh Dr. Surawit Sakdanuparb dari Pejabat Kesihatan Awam Samut Sakhon, Pengarah Hospital, Krathumbaen, Dr. Thammawit Kuakoonkiat.

Dr. Surawit dipetik Bangkok Post sebagai berkata, kekeliruan yang berlaku bulan lalu menyebabkan bayi Thailand diserahkan kepada keluarga Myanmar, sementara anak mereka diserahkan kepada keluarga Thailand.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, bayi-bayi tersebut dirawat di unit khas kerana jangkitan kuman, menurut kenyataan tersebut.

“Ketika dirawat, gelang tangan mereka dipotong oleh jururawat yang memandikan bayi-bayi tersebut. 

“Jururawat yang keliru memakaikan gelang yang salah,” jelas kenyataan tersebut.

Kesilapan itu disedari oleh ibu bapa Thailand yang mendapati bayi mereka berlainan, mendorong keluarga itu kembali ke hospital.

Mereka meminta ujian DNA dijalankan, yang membuktikan bayi itu bukan anak mereka.

Dr. Surawit berkata, Hospital Krathumbaen akan menawarkan perkhidmatan perubatan percuma untuk dua bayi itu sebagai pampasan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini