KUALA LUMPUR: Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhujah bahawa hampir semua saksi utama pihak pendakwaan dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disifatkan sebagai `tidak boleh diharap’. Peguam bela, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berkata, saksi-saksi tersebut telah memberi keterangan yang tidak berpihak kepada Najib bagi menyelamatkan tengkuk masing-masing daripada dipertanggungjawabkan atas skandal kewangan terbesar dunia dan dikaitkan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek…










